my peace

Thursday, 20 October 2011

SINOPSIS

Era 2045 telah berlaku satu gempa dan muncul pelbagai jenis mahluk aneh di seluruh dunia.Mahluk-mahluk aneh ini tersangatlah kejam.Makluk-mahluk itu akan membunuh apa sahaja dan akan  memakan apa sahaja yang berdekatan dengan meraka.Mahluk ini diberi nama Dillip.Kehadiran mahluk Dillip berikutan perebutan dan peralihan kuasa secara paksaan  oleh seorang yang bernama Jassal.Jassal membangkitkan mahluk  Dillip untuk memastikan rakyat yang cuba memberontak takut dan gerun bagi melakukan pemberontakkan.Namun mahluk Dillip tidak hanya membunuh orang yang mahu memberontak, malahan kaum wanita dan kanak-kanak juga menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman mereka.
Disebuah negara,mahluk Dillip telah menyerang dan membunuh orang ramai serta memusnahkan harta benda awam.Kejadian ini berlaku di sebuah kota disebut Gliet Town.Ketika semua orang lari untuk menyelamatkan diri, empat sekawan, Daniel , Awa’ap , Norish dan Sarah sempat memerhati keadaan sekeliling dengan penuh rasa hiba.Suasana aman suatu ketika dahulu dengan tiba-tiba menjadi huru-hara.Ramai rakan-rakan mereka dan saudara-mara mereka mati dibunuh dan dimakan dihadapan mereka.Perasaan takut yang amat sangat kini mula menyelubungi mereka.Kini mereka tiada jalan lain kecuali berjuang antara satu sama lain untuk bertahan hidup.
Sedang mereka berempat berlari untuk menyelamatkan diri dan dalam perjalanan mereka tiba-tiba......