SINOPSIS
Era 2045 telah berlaku satu
gempa dan muncul pelbagai jenis mahluk aneh di seluruh dunia.Mahluk-mahluk aneh ini
tersangatlah kejam.Makluk-mahluk itu akan membunuh apa sahaja dan akan memakan apa sahaja yang berdekatan dengan meraka.Mahluk ini diberi nama Dillip.Kehadiran mahluk Dillip berikutan perebutan dan peralihan kuasa secara paksaan oleh
seorang yang bernama Jassal.Jassal membangkitkan mahluk Dillip untuk memastikan rakyat yang cuba memberontak takut dan gerun bagi
melakukan pemberontakkan.Namun mahluk Dillip
tidak hanya membunuh orang yang mahu memberontak, malahan kaum wanita dan
kanak-kanak juga menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman mereka.
Disebuah negara,mahluk Dillip telah
menyerang dan membunuh orang ramai serta memusnahkan harta benda awam.Kejadian
ini berlaku di sebuah kota disebut Gliet Town.Ketika
semua orang lari untuk menyelamatkan diri, empat sekawan,
Daniel , Awa’ap , Norish dan Sarah sempat memerhati
keadaan sekeliling dengan penuh rasa hiba.Suasana aman suatu ketika dahulu
dengan tiba-tiba menjadi huru-hara.Ramai rakan-rakan mereka dan saudara-mara
mereka mati dibunuh dan dimakan dihadapan mereka.Perasaan takut yang amat
sangat kini mula menyelubungi mereka.Kini mereka tiada jalan lain kecuali
berjuang antara satu sama lain untuk bertahan hidup.
Sedang mereka berempat berlari untuk menyelamatkan diri dan dalam
perjalanan mereka tiba-tiba......
No comments:
Post a Comment